DURANGO, 3 Oktober - Tentera Laut Mexico berjaya mengesan dan memusnahkan sebuah makmal haram menghasilkan dadah jenis syabu berhampiran Cupia, Durango, pada Rabu lalu.
Menurut kenyataan Sekretariat Tentera Laut, pihak berkuasa merampas kira-kira 2,750 kilogram dadah yang telah diproses dalam operasi tersebut.
"Pihak berkuasa turut memusnahkan sejumlah besar bahan kimia termasuk metanol, aseton, benzil sianida dan natrium sianida.
"Turut ditemukan di lokasi berkenaan, pelbagai peralatan seperti tangki gas, tong dram dan reaktor," menurut kenyataan itu.
Tentera Laut Mexico menganggarkan tindakan tersebut memberi tamparan besar kepada kegiatan jenayah terancang dengan kerugian mencecah lebih 279 juta peso (lebih AS$15 juta dolar). -REUTERS