fb fb fb fb fb

Tentera Croatia adakan latihan ketenteraan bersama NATO

Sebuah kenderaan tempur M2A2 Bradley digunakan semasa latihan ketenteraan Croatia “Borbena Moć 25” di Slunj, Croatia/ Foto REUTERS

SLUNJ, 17 September - Tentera Croatia mempamerkan kekuatan aset pertahanannya menerusi satu latihan ketenteraan bersama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang melibatkan pelbagai peralatan moden dan lama.

Latihan bersepadu itu menampilkan kereta kebal era Yugoslavia M84, jet pejuang Rafale, helikopter buatan Amerika Syarikat Kiowa serta dron pandangan pertama (FPV) yang kini digunakan secara meluas dalam perang antara Ukraine dan Rusia.

Latihan tersebut berlangsung seminggu selepas sekutu NATO, Poland menembak jatuh dron Rusia yang memasuki ruang udaranya buat pertama kali.

Menteri Pertahanan Croatia, Ivan Anusic, menegaskan bahawa NATO perlu sentiasa “kuat dan berdaya tahan terhadap sebarang provokasi.” -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN