fb fb fb fb fb

Ribuan pelajar Argentina protes potong dana pendidikan

Ribuan pelajar universiti Argentina mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah potongan dana pendidikan/Foto AFP

BUENOS AIRES, 18 September – Ribuan pelajar universiti Argentina mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah potongan dana pendidikan yang diumumkan kerajaan Presiden Javier Milei.

Protes bertema “Hentikan Milei. Tolak veto” tercetus selepas beliau menolak buat kali kedua Undang-Undang Pembiayaan Universiti yang sebelum ini diluluskan Kongres.

Rang undang-undang itu bertujuan menjamin pembiayaan jangka panjang universiti awam, memperkukuh bajet operasi hospital, selain memperluas biasiswa dan program akademik.

Bagaimanapun, kerajaan Milei mempertahankan langkah penjimatan berkenaan, dengan alasan ia penting untuk menstabilkan ekonomi Argentina yang kini berdepan inflasi tinggi dan defisit fiskal. - VIORY

GRACE AISYAH KEDAYAN