fb fb fb fb fb

Serangan darat Israel di Gaza cetus kecaman antarabangsa

Tentera Israel melancarkan serangan darat besar-besaran di Wilayah Gaza sejak 16 September lalu dengan menyasarkan Hamas/Foto AFP

GAZA CITY, 18 September – Pasukan penyelamat bersama penduduk tempatan giat mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan di Kem Pelarian Al-Shati, barat Gaza City, selepas kawasan itu dibom tentera Israel awal pagi tadi.

Tentera Israel melancarkan serangan darat besar-besaran di Wilayah Gaza sejak 16 September lalu dengan menyasarkan Hamas.

Sehingga kini, lebih 150 lokasi diserang di bandar berkenaan.

Operasi darat diperluas dengan gabungan serangan darat, udara dan risikan.

Dianggarkan 2,000 hingga 3,000 kumpulan Hamas berada di pusat bandar itu.

Lebih 350,000 penduduk dilaporkan melarikan diri dari Gaza City sejak operasi serangan tanpa henti Zionis Israel.

Sementara itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menganggarkan sekitar sejuta penduduk tinggal di kawasan berkenaan.

PBB dalam laporan terbaharunya menuduh Israel melakukan genosid di wilayah Palestin, tuduhan yang ditolak Tel Aviv sebagai “tidak benar dan menyimpang”.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata Israel enggan berunding mengenai gencatan senjata dan tindakan itu akan membawa kesan buruk.

Manakala Perancis, Jerman, China serta Qatar turut mengecam keras operasi Israel ke atas Gaza. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN