fb fb fb fb fb

EU cadang sekat Israel susulan serangan di Gaza

Bangunan musnah dalam serangan berterusan rejim zionis Israel/Foto AFP

BRUSSELS, 18 September - Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan pakej sekatan baharu terhadap Israel susulan serangan berterusan negara itu ke atas Semenanjung Gaza.

Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Kaja Kallas, berkata cadangan itu termasuk menggantung beberapa peruntukan perdagangan di bawah Perjanjian Perkongsian EU–Israel serta mengenakan sekatan terhadap Hamas.

“Langkah ini tidak bermakna menghentikan perdagangan dengan Israel sepenuhnya, sebaliknya memberi tekanan agar kerajaan Israel mengubah pendirian terhadap konflik Gaza,” katanya pada mesyuarat Suruhanjaya Eropah, Rabu.

Cadangan itu turut menyasarkan dua menteri Israel, kumpulan peneroka ganas Israel dan 10 anggota Hamas.

Bagaimanapun, Kallas menegaskan langkah itu tidak bermakna menghentikan perdagangan sepenuhnya dengan Israel.

Cadangan berkenaan telah diterima Suruhanjaya Eropah, namun hanya akan berkuat kuasa 30 hari selepas mendapat kelulusan negara anggota EU. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN