fb fb fb fb fb

Tembakan rambang di taman air, 10 orang awam cedera

FOTO REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 16 Jun - Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk kanak-kanak cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah taman air berhampiran Detroit pada Sabtu petang, kata polis.

Suspek masih bebas dan polis percaya suspek sedang bersembunyi kawasan berdekatan, polis ditemui di tempat kejadian, kata polis.

Dalam kejadian itu seorang lelaki keluar dari kenderaan di hadapan taman Brooklands Plaza Splash Pad, di Rochester Hills, Michigan, kira-kira pukul 5 petang.

Suspek melepaskan kira-kira 30 tembakan dari Glock separa automatik 9mm dengan memuatkan semula beberapa kali, kata Syerif Daerah Oakland Michael Bouchard dalam satu sidang akhbar.

Setakat ini polis tidak mengesahkan samada terdapat kematian atau tidak, yang pada mulanya polis melaporkan lima orang ditembak. - REUTERS

TETITIA YUSOFF