fb fb fb fb fb

Lapan tentera Israel terbunuh di Rafah

FOTO REUTERS

BAITULMAQDIS, 16 Jun - Lapan tentera Israel terbunuh di selatan Semenanjung Gaza pada Sabtu dalam satu pertempuran yang turut mengorbankan sekurang-kurangnya 19 rakyat Palestin.

Kesemua anggota unit kejuruteraan tempur berada dalam kapal pengangkut perisai terkena letupan yang meletupkan bahan kejuruteraan yang dibawa pada kenderaan itu.

Kenderaan perisai rejim Israel itu terperangkap dalam kawasan periuk api dan mencetuskan letupan.

Beribu-ribu rakyat Palestin terpaksa berpindah dan mencari tempat perlindungan berikutan serangan daripada rejim Israel dengan berkereta kebal di Tel al-Sultan dan serangan peluru di kawasan pantai.

Meskipun tekanan antarabangsa terhadap Israel semakin meningkat untuk gencatan senjata, namun perjanjian menghentikan pertempuran masih tidak berlaku.

Dalam serangan udara Israel ke atas dua rumah di pinggir bandar Gaza, penduduk berkata sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh. Empat yang lain maut dalam serangan berasingan di selatan, kata pegawai perubatan. - REUTERS

TETITIA YUSOFF