fb fb fb fb fb

Tembakan di Universiti Kentucky ragut satu nyawa, suspek ditahan

Polis tempatan di Frankfort mengawal kawasan Universiti Negeri Kentucky/ REUTERS

FRANKFORT, 10 Disember - Suspek tembak ditahan berikutan serangan di Universiti Negeri Kentucky yang mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi berada dalam keadaan kritikal, lapor pihak polis.

Polis tempatan di Frankfort, ibu negeri Kentucky, bersama timbalan syerif daerah melakukan penahanan serta mengamankan kawasan kampus tidak lama selepas menerima laporan mengenai tembakan itu. Bagaimanapun Jabatan Polis Frankfort tidak mengeluarkan butiran lanjut.

Jurucakap Universiti Negeri Kentucky - sebuah universiti bersejarah untuk komuniti kulit hitam - enggan mengulas tetapi memaklumkan kenyataan rasmi akan dikeluarkan pihak universiti pada Selasa. Universiti itu mempunyai pendaftaran seramai kira-kira 1,700 pelajar pada musim luruh 2023.

Akhbar The New York Times, menerusi maklumat jurucakap universiti melaporkan bahawa suspek bukan pelajar universiti berkenaan, namun kedua-dua mangsa adalah pelajar di situ. Insiden tembakan itu berlaku di luar sebuah asrama kediaman.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI