(Orang ramai dilihat berlari semasa operasi pemindahan di pusat beli-belah Copenhagen, Denmark,
pada 3 Julai 2022 selepas media Denmark melaporkan kejadian tembakan/AFP)
COPENHAGEN, 4 Julai- Polis Denmark mengesahkan beberapa orang maut dan cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Copenhagen, Soren Thomassen seorang suspek 22 tahun dan merupakan warga tempatan berjaya ditahan.
Imej dari tempat kejadian menunjukkan ramai ibu bapa berlari keluar membawa anak-anak mereka dari bangunan pusat beli belah.
"Terdapat beberapa orang yang maut dan juga cedera dalam kejadian tersebut," kata Thomassen dalam satu sidang media.
(Pegawai polis dan anggota penyelamat dilihat di hadapan pusat beli-belah di Copenhagen,
pada 3 Julai 2022, selepas tembakan berlaku/AFP)
Jelas beliau, suspek menembak rambang ke arah pengunjung menggunakan senapang.
Motif serangan belum dapat dipastikan.
"Kami menyiasatnya sebagai satu perbuatan di mana kami tidak boleh mengecualikan bahawa ia adalah keganasan," kata ketua polis itu lagi.-AFP