fb fb fb fb fb

Enam maut, lapan cedera akibat runtuhan glasier di pergunungan Alps

(Gambar edaran daripada perkhidmatan menyelamat Alpine menunjukkan tempat glasier
ais runtuh di Gunung Marmolada, Itali, 3 Julai 2022/REUTERS)

ROME, 4 Julai- Sebahagian kawasan pergunungan Alps di Itali runtuh susulan peningkatan suhu.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya enam orang maut manakala lapan cedera akibat tragedi berkenaan.

Menurut kerajaan wilayah Trento, operasi menyelamat giat dijalankan berikutan runtuhan besar ais.

Mereka menambah kemungkinan terdapat jumlah besar sama ada yang mengalami kecederaan atau kematian.

(Gambar edaran daripada perkhidmatan menyelamat Alpine menunjukkan tempat glasier
ais runtuh di gunung Marmolada, Itali, 3 Julai 2022/REUTERS)

Runtuhan berlaku di Marmolada, gunung setinggi lebih 3,300 meter di Dolomit bahagian timur Alps, Itali antara wilayah Trento dan Veneto.

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan di bandar Belluno, Treviso, Trento dan Bolzano.

Gelombang awal musim panas di Itali menyaksikan suhu di Marmolada mencecah 10 darjah Celsius pada hari Sabtu.-REUTERS

Media Baharu