fb fb fb fb fb

Jemaah haji Malaysia bertuah terima perkhidmatan terbaik TH

MAKKAH, 3 Julai- Jemaah haji Malaysia dianggap bertuah kerana menikmati perkhidmatan terbaik yang disediakan Tabung Haji (TH), selain pelbagai kelebihan yang diberi kerajaan Arab Saudi berbanding negara lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, komitmen yang diberi TH bukan sahaja ketika jemaah berada di tanah suci, bahkan sejak dari Malaysia demi memastikan kelancaran dan keselesaan ibadah mereka.

"Berilah layanan terbaik kepada tetamu Allah, mungkin petugas kadang-kadang tak sempat membaca Al-quran, iktikaf di masjid, solat sunat banyak-banyak kerana sibuk dengan tugas dan sebagainya.

Dengan khidmat itu, mereka telah memberi satu perkara yang akan menyambung amal kebajikan yang orang lain mudah buat, Insya-Allah sahamnya akan diperolehi juga oleh petugas TH yang telah memberikan layanan yang cukup baik," katanya kepada pemberita.


(Datuk Idris Ahmad bercakap pada sidang media sebaik tiba di Bangunan Abraj Al-Janadriyah)

Datuk Idris tiba di Bangunan Abraj Al-Janadriyah untuk lawatan kerja dan meluangkan masa beramah mesra bersama jemaah haji Malaysia.

Antara kelebihan yang diperoleh negara daripada Arab Saudi adalah inisiatif Makkah Route, permit pusat rawatan pertama yang boleh beroperasi dan negara pertama diberi peluang memilih waktu Jamrah.

Tambah beliau, persediaan operasi masyair telah siap sepenuhnya bagi menyambut jemaah haji ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bermula Khamis ini termasuk pasukan perubatan yang telah berada pada tahap terbaik.

Media Baharu