fb fb fb fb fb

Teknologi robot China tidak jejas pekerjaan

Foto Reuters

BEIJING, 18 Mei - Robot humanoid China tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan besar-besaran, sebaliknya berperanan meningkatkan produktiviti dan beroperasi di kawasan berisiko.

Timbalan Pengarah Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing, Liang Liang menegaskan teknologi itu direka untuk membantu manusia, bukan menggantikan mereka.

“Robot boleh mengambil alih tugas berbahaya dan berfungsi semasa manusia berehat, sekali gus menghasilkan produk yang lebih baik dan murah,” katanya.

Sebagai simbol konsep kerjasama manusia-mesin, Beijing baru-baru ini menganjurkan maraton separuh robot pertama dunia, di mana manusia dan robot bertanding dalam lorong berasingan.

Robot Tiangong Ultra dari pusat inovasi X-Humanoid muncul juara acara itu.

Selain model sukan, pelbagai prototaip robot lain turut dipamerkan menjalankan tugas seperti pembersihan gigi dan pengambilan ubat.

Beijing melihat potensi besar teknologi itu dalam menangani kekurangan tenaga kerja, khususnya dalam penjagaan warga emas.

Menurut laporan Morgan Stanley, sebanyak 31 syarikat China memperkenalkan 36 model robot humanoid pada 2024, berbanding hanya lapan oleh syarikat AS.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN