fb fb fb fb fb

Tayar pesawat Corendon Airlines meletup, 190 penumpang selamat

190 penumpang pesawat Corendon Airlines berdepan detik cemas selepas tayar hadapan pesawat dinaiki meletup ketika mendarat di lapangan terbang Alanya-Gazipasa, di Antalya, Ankara / Foto Reuters

ANKARA, 10 Mei - 190 penumpang pesawat Corendon Airlines berdepan detik cemas selepas tayar hadapan pesawat dinaiki meletup ketika mendarat di lapangan terbang Alanya-Gazipasa, di Antalya, di sini pada Khamis.

Menurut Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye, pesawat Boeing 737 itu terpaksa melakukan pendaratan cemas sekali gus mengakibatkan gear mendaratnya rosak.

Bagaimanapun, kementerian mengesahkan tiada penumpang yang cedera dan penilaian awal juga menunjukkan tiada kerosakan berlaku pada landasan.

Ekoran insiden tersebut, kesemua penerbangan masuk dilencongkan sementara ke Lapangan Terbang Antalya.

Pasukan teknikal kemudiannya memeriksa pesawat terbabit dan akan dikeluarkan daripada landasan.

Punca kejadian masih disiasat pihak berkuasa.

Pakar penerbangan berkata kejadian tayar pecah semasa mendarat merupakan perkara biasa dan lazimnya memerlukan pembaikan kecil namun boleh mencetuskan pencarian serpihan tayar atau dalam beberapa kes pemindahan penumpang.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN