fb fb fb fb fb

Taufan Yagi di Vietnam, angka kematian meningkat kepada 80

FOTO REUTERS

HANOI, 10 September - Angka kematian di Vietnam meningkat kepada 80 orang dan puluhan ribu penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas banjir besar melanda utara Vietnam susulan Taufan Yagi.

64 lagi dilaporkan hilang,

Taufan Yagi melanda Vietnam pada Sabtu dengan membawa kelajuan angin melebihi 149 kilometer (92 batu) sejam dan hujan lebat yang menyebabkan banjir besar yang disifatkan tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut penduduk tempatan.

Di wilayah Yen Bai lebih 59,000 orang telah terpaksa berpindah, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa selepas banjir menenggelamkan hampir 18,000 rumah.

Air banjir di Hanoi telah mencapai paras yang tidak pernah dicatatkan sejak 2008.

Pegawai kanan tempatan berkata dijangkakan keadaan buruk itu akan terus berlaku di negara itu.

Phan Thi Tuyet, 50, yang tinggal berhampiran dengan Sungai Merah yang bengkak dan bergerak laju yang mengalir melalui ibu negara, berkata dia tidak pernah mengalami air setinggi itu.

"Saya telah kehilangan segala-galanya, semuanya hilang. Saya terpaksa datang ke tempat yang lebih tinggi untuk menyelamatkan nyawa kami,"kata Phan Thi Tuyet, 50 kepada AFP.

Banyak bangunan, jalan raya, jambatan dan insfrastruktur lain mengalami kerosakan.

Pihak berkuasa Hanoi berkata lebih 25,000 pokok di bandar itu tumbang disebabkan ribut.

Pasukan penyelamat cuba sampai ke kawasan perumahan untuk menyelamakan penduduk khususnya warga emas dan kanak-kanak. - AFP

TETITIA YUSOFF