(Foto Reuters)
ZHANJIANG, 18 Julai- Taufan Talim yang membadai China pada petang Isnin, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir.
Selain membatalkan penerbangan dan kereta api serta mengarahkan orang ramai untuk kekal berada di rumah.
Taufan Talim merupakan taufan pertama membadai China tahun ini.
Rakaman yang dikongsi stesen penyiar CCTV pada Selasa menunjukkan hujan lebat dan angin kencang, melanda bandar pelabuhan Zhanjiang di wilayah Guangdong.
Menurut Biro Cuaca Guangdong, Talim membadai bandar Zhanjiang pada pukul 10.20 malam, dengan kelajuan angin tertinggi 136.8 kilometer sejam.
Sekiranya kelajuan angin melebihi 150 kilometer sejam, ia akan meletakkan Talim dalam kategori taufan dahsyat, sangat jarang berlaku pada awal musim hujan ini.
Taufan Talim dijangka bergerak pada kelajuan 20 kilometer sejam ke barat laut dan ke wilayah Guangxi, hari ini.-REUTERS
(Taufan Talim merupakan taufan pertama membadai China tahun ini/Foto Reuters)