fb fb fb fb fb

Taufan Talas membadai Jepun, seorang lelaki maut

(Jambatan rosak akibat taufan di Hamamatsu, Shizuoka/AFP)

TOKYO, 24 September- Taufan Talas membadai timur Jepun dan menyebabkan berlakunya banjir dan tanah runtuh.

Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan maut selepas rumahnya ditimbusi tanah runtuh di Kakegawa, wilayah Shizuoka.

Agensi Meteorologi Jepun turut mengeluarkan amaran berlakunya ombak besar, hujan lebat dan tanah runtuh di beberapa kawasan di Tengah, Timur dan Utara Jepun termasuk Tokyo.

Talas yang membawa kekuatan angin 90 kilometer sejam, membadai timur laut negara itu, 100 kilometer ke pesisir pantai Omaezaki pada pukul 6.00 pagi tadi.

Sementara itu, stesen penyiaran NHK melaporkan insiden tanah runtuh di Hamamatsu, wilayah Shizuoka. menyebabkan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia sembilan tahun mengalami cedera ringan.

Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan laporan itu dengan segera.

Hujung minggu lalu, empat orang terbunuh dan 151 cedera selepas Taufan Nanmadol melanda barat daya Jepun.

Pakar berkata perubahan iklim meningkatkan ribut dan menyebabkan cuaca ekstrem seperti gelombang haba, kemarau dan banjir kilat menjadi lebih kerap dan teruk.-AFP


(Taufan Talas membadai timur laut Jepun/AFP)

Media Baharu