fb fb fb fb fb

Taufan Shanshan dijangka landa Jepun

Foto AFP

TOKYO, 26 Ogos- Taufan Shanshan yang membawa hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda selatan Jepun, hari ini.

Menurut AFP, ia dijangka melintasi kawasan pulau Amam pada Rabu, dengan angin kencang sehingga 215 kilometer sejam sebelum ke arah pulau Kyushu.

Terdahulu, Taufan Ampil yang membawa hujan lebat telah menyebabkan ratusan penerbangan dan kereta api tergendala di Tokyo.

Kejadian berkenaan berlaku beberapa hari selepas Ribut Tropika Maria melanda utara Jepun.

Menurut kajian yang dikeluarkan bulan lalu, taufan di rantau berkenaan seringkali berlaku disebabkan perubahan iklim.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM