fb fb fb fb fb

Taufan Otis kini menuju ke pantai selatan Pasifik Mexico

(Foto AFP)

ACAPULCO, 25 Oktober- Taufan Otis kini menuju ke pantai selatan Pasifik Mexico.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat, taufan itu yang dikategorikan tahap tiga berisiko meningkat ke kategori empat selepas mendarat ke pantai.

Tiupan angin maksimum berterusan meningkat kepada hampir 200 kilometer sejam.

Pusat ribut terletak 115 batu dari pusat peranginan pantai Acapulco.

Amaran taufan akan berkuat kuasa untuk garis pantai dari Punta Maldonado ke Zihuatanejo.

NHC memberi amaran tentang “ombak yang merosakkan” dan banjir besar di kawasan pantai, termasuk pusat peranginan popular Acapulco.

Pihak berkuasa di negeri selatan Guerrero telah menangguhkan sesi persekolahan dan bersedia untuk dijadikan pusat perlindungan kecemasan.

Taburan hujan 38 sentimeter dijangka merentasi Guerrero dan sebahagian negeri Oaxaca yang boleh mengakibatkan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh.

"Hujan ini akan menyebabkan banjir kilat serta tanah runtuh di kawasan yang lebih tinggi," NHC memberi amaran.

“Lonjakan ribut yang berpotensi membawa banjir pantai yang mengancam nyawa,” kata NHC.-AFP

ROSLINA BINTI DIN