fb fb fb fb fb

Taufan Lidia membadai pantai Pasifik Mexico

FOTO REUTERS

BANDARAYA MEXICO, 11 Oktober- Taufan Lidia yang mencapai ribut Kategori 4 membadai perairan Pasifik Mexico di bandar pantai Las Penitas pada petang Selasa.

Taufan itu memaksa pelancong tempatan bersembunyi dan berlindung daripada hujan lebat, angin kencang yang berpotensi mengakibatkan maut dan banjir.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat (AS) berkata Lidia mempunyai kekuatan "amat berbahaya", dengan tiupan angin berkelajuan maksimum 140 batu sejam (225 kph) di negeri Jalisco.

"Saya menggesa orang ramai yang tinggal di antara Nayarit dan Jalisco, terutamanya di Bahia de Banderas, Puerto Vallarta dan Tomatlan, untuk mengambil langkah berjaga-jaga," kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador di platform media sosial X, mengesyorkan orang ramai menjauhi kawasan rendah, sungai dan cerun.


(FOTO REUTERS)

NHC yang berpangkalan di Miami berkata Lidia sedang bergerak ke arah timur laut pada kelajuan 16 mph (26 kph) dan sepatutnya semakin apabila ia bergerak ke pedalaman.

Lapangan terbang di Puerto Vallarta, turut diarah tutup sehingga pukul 8.00 pagi pada Rabu.

Amaran taufan berkuat kuasa dari Islas Marias ke bandar pedalaman El Roblito di negeri Nayarit ke bandar pelabuhan Manzanillo manakala keadaan ribut tropika itu boleh berlanjutan sehingga ke negeri Michoacan dan bahagian selatan Sinaloa.

Lidia dijangka menghasilkan antara 4-8 inci (10-20 sm) hujan, walaupun sesetengah kawasan boleh melihat sehingga 12 inci hingga Rabu, kata NHC.

Sementara itu, Ribut Tropika Max di selatan negara itu menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya dua cedera di negeri Guerrero berikutan hujan lebat, menurut laporan media tempatan.- REUTERS

Media Baharu