fb fb fb fb fb

Afghanistan dilanda gempa bumi berukuran 6.3 magnitud

FOTO REUTERS

KABUL, 11 Oktober- Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat Afghanistan pada Rabu, di mana lebih 2,000 orang terbunuh selepas beberapa siri gegaran serupa berlaku pada hujung minggu lalu.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), gempa itu berlaku kira-kira pukul 5.10 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa berada kira-kira 29 kilometer di utara bandar Herat.

Sukarelawan dan penyelamat telah bekerja sejak Sabtu dalam usaha mencari mangsa yang terjejas akibat siri gempa bumi terdahulu, yang memusnahkan seluruh kampung dan menjejaskan lebih 12,000 orang, menurut anggaran PBB.

Maklumat berhubung jumlah kematian akibat bencana itu agak sedikit bercanggah namun, memetik sumber kementerian menyatakan bahawa seramai 2,053 nyawa maut dalam gempa berkenaan.

"Kami tidak dapat memberikan angka tepat untuk kematian dan cedera kerana ia sedang berubah-ubah," kata jurucakap kementerian pengurusan bencana, Mullah Janan Sayeq.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), gempa bumi sebelum ini memusnahkan sepenuhnya sekurang-kurangnya 11 kampung di daerah Zenda Jan wilayah Herat.

“Tiada satu rumah pun yang tinggal, malah bilik yang kami boleh menginap pada waktu malam,"

"Kita tidak boleh tinggal di sini lagi. Kamu lihat, keluarga kita mati syahid di sini. Bagaimana kita boleh tinggal di sini?,” kata Mohammad Naeem, 40, yang memberitahu AFP dia kehilangan 12 saudara termasuk ibunya, selepas gempa bumi, Sabtu lalu.


(FOTO REUTERS)

Media tempatan melaporkan bahawa ramai penduduk Herat menghabiskan malam mereka dengan terpaksa tinggal di dalam khemah di kawasan terbuka, bimbang akan gegaran susulan menjelang hujung minggu.

Pihak berkuasa Taliban berdepan cabaran besar dalam menyediakan tempat perlindungan secara besar-besaran.

Ia ditambah krisis Taliban yang tidak mempunyai hubungan baik dengan organisasi bantuan antarabangsa.

Afghanistan sering dilanda gempa bumi yang mematikan tetapi gempa bumi pada Sabtu adalah yang paling teruk melanda negara itu dalam tempoh lebih 25 tahun.

Afghanistan berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, mengakibatkan penarikan bantuan asing secara meluas berikutan rampasan kuasa oleh Taliban.- AFP

Media Baharu