fb fb fb fb fb

Banjir di Myanmar, lebih 27,000 penduduk dipindahkan

FOTO AFP

BAGO, 11 Oktober- Lebih 27,000 penduduk di Bago, selatan Myanmar dipindahkan ke kem penempatan sementara akibat banjir selepas paras air sungai di wilayah itu meningkat secara mendadak.

Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi, paras air Sungai Bago melebihi paras bahaya sejak Ahad.

Perkhidmatan kereta api yang melalui wilayah itu juga dihentikan sementara waktu.

Menurut salah seorang penduduk, banjir itu adalah yang terbesar pernah dialaminya, dengan bekalan air dan makanan turut terjejas.

Hampir 5,600 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara yang disediakan oleh kerajaan tempatan dengan operasi menyelamat masih giat dijalankan pihak keselamatan.

Tingkat bawah hospital awam Bago turut dinaiki air serta tiga penyedia telekomunikasi di Myanmar gagal untuk beroperasi akibat limpahan banjir itu.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu