fb fb fb fb fb

Kebakaran di parkir kereta, Lapangan Terbang Luton tangguh semua penerbangan

(FOTO REUTERS)

LONDON, 11 Oktober- Lapangan Terbang Luton di sini menangguhkan semua penerbangan selepas berlaku kebakaran di kawasan parkir keretanya, semalam.

Rakaman video menunjukkan anggota kecemasan berada di lokasi kebakaran, manakala orang ramai berjalan dengan membawa bagasi masing-masing.

"Semua penerbangan pada masa ini digantung kerana perkhidmatan kecemasan sedang bertindak balas terhadap kebakaran di parkir kereta terminal 2.

"Penerbangan akan ditangguhkan sehingga pukul 11.00 pagi waktu tempatan hari ini," menurut lapangan terbang itu di X. -Reuters

(FOTO REUTERS)

Media Baharu