fb fb fb fb fb

Taufan Kay badai pantai Pasifik Mexico

(FOTO REUTERS)

EL PARAISO, 7 September- Taufan Kay membadai pantai Pasifik, Mexico, dengan air pasang besar tatkala kekuatan ribut itu dibimbangi meningkat ke kategori dua.

Ribut melanda pantai peranginan di Colima pada pagi semalam, menyebabkan banjir kilat.

Pelancong dan penduduk tempatan telah diberi amaran oleh tentera laut untuk menjauhi pantai.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) yang berpangkalan di Miami, ribut berkenaan kini berada di Lautan Pasifik kira-kira 515km, selatan-barat daya dari hujung Baja, California, kediaman kepada bandar pelancongan popular Cabo San Lucas.

Taufan Kay yang telah meragut tiga nyawa di Mexico pada hujung minggu lalu, dijangka meningkat kepada ribut kategori dua, lewat hari ini.

NHC berkata, kekuatannya turut dibimbangi boleh meningkat lagi menjadi ribut besar dalam tempoh 36 jam berikutnya.-REUTERS

(Kerosakan disebabkan ombak kuat dibawa Taufan Kay di El Paraiso, Colima Mexico pada 6 September 2022/REUTERS)

Media Baharu