fb fb fb fb fb

Taufan John di Mexico ragut 22 nyawa

FOTO REUTERS

GUERRERO, 29 September - Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban dan penduduk di barat daya Mexico pada Sabtu diarah berpindah selepas kawasan itu dilanda banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan Taufan John.

Guerrero merupakan negeri paling terjejas dengan mencatatkan 18 kematian, menurut media tempatan.

Di selatan media tempatan turut melaporkan tiga kematian di Oaxaca dan seorang budak lelaki maut di sungai di utara di negeri Michoacan.

Taufan John bermula pada 23 September lalu sebelum mendarat di Guerrero.

Gabenor negeri Guerrero Evelyn Salgado berkata, petugas kecemasan di bandar peranginan utama Acapulco sedang menjalankan operasi menyelamat menggunakan bot, jetski, dan helikopter.

Oktober laluTaufan Otis melanda Acapulco sebagai ribut kategori lima di luar pantai meragut lebih 50 nyawa dan mengakibatkan kerugian berbilion dolar.

"Kami tidak menjangkakan hujan selama beberapa hari. Malangnya, kami ditimpa musibah. Apabila Taufan Otis melanda, beberapa pokok tumbang dan tanah runtuh," kata penduduk Angel Avelar.

"Masih hujan, dan tanah menggelongsor. Orang ramai sedih dengan keadaan ini. Saya tidak tahu sama ada orang tertimbus. Ada yang memberitahun mangsa tertimbus ketika pulang dari kerja, ramai ketakutan," kata Olga Flores. - REUTERS

TETITIA YUSOFF