fb fb fb fb fb

Taufan Humberto melemah, dijangka mendarat di Bermuda

Foto REUTERS

MIAMI, 28 September - Humberto telah melemah menjadi taufan kategori empat dan dijangka mendarat di Bermuda menjelang Selasa ini.

Menurut ramalan terkini dari Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), taufan tersebut berada kira-kira 585 batu (945 kilometer) di selatan Bermuda, dengan kelajuan angin yang mencecah sehingga 250 kilometer sejam.

Sementara itu, amaran dan pemantauan ribut tropika serta taufan telah dikeluarkan di Florida dan Bahamas susulan pembentukan 'Tropical Depression' yang dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang ke kawasan pantai tenggara AS, menurut laporan saluran cuaca. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM