fb fb fb fb fb

Taufan Hinnamnor badai Korea Selatan, seorang hilang

(Pejalan kaki berjalan melepasi bangunan yang rosak selepas Taufan
Hinnamnor membadai Busan pada 6 September 2022/Foto AFP)

BUSAN, 6 September- Taufan Hinnamnor membadai Korea Selatan, awal hari ini mengakibatkan bekalan elektrik, terputus.

Menurut Ibu Pejabat Keselamatan dan Bencana Pusat, seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan hilang, selepas terjatuh ke dalam sungai di pesisir bandar Ulsan.

Taufan tersebut, salah satu yang paling kuat melanda negara itu dalam beberapa dekad, membadai pulau selatan negara Jeju semalaman.

Sebelum membadai bandar pelabuhan Busan, yang mengakibatkan kerosakan jalan dan kedai berhampiran pantai.

(Anggota penyelamat Korea Selatan membantu seorang lelaki di taman yang
ditenggelami air di Ulsan pada 6 September 2022/Foto AFP)

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa menutup lebih 600 buah sekolah dan 250 penerbangan domestik turut ditangguhkan.

Lebih 35,000 rumah di Kyushu, Jepun bergelap

Taufan Hinnamnor kemudiannya bergerak menuju ke Jepun.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, taufan itu dikesan berada di perairan Laut Jepun, 100 kilometer dari kepulauan Tsushima di wilayah Nagasaki, barat daya Jepun.

Ia mengakibatkan lebih 35,000 isi rumah di daerah Kyushu, terputus bekalan elektrik.

(Foto dikeluarkan Agensi Meteorologi Jepun pada 1 September 2022 menunjukkan imej satelit Taufan Hinnamnor,
berkedudukan di timur Taiwan dan berhampiran pulau terpencil di selatan Jepun/AFP)

Dengan mengumpul kekuatan angin sehingga 180 kilometer sejam, Hinnamnor dijangka membawa hujan lebat ke barat Jepun, hari ini.

Beberapa perkhidmatan keretapi laju, dihentikan sementara berikutan angin kuat dan hujan.

Manakala, sekurang-kurangnya 120 penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang Kyushu, dibatalkan.-AFP

Media Baharu