fb fb fb fb fb

Taiwan dakwa dron tentera China masuki zon udara

(Foto AFP)

TAIPEI, 6 September- Dron peninjau tentera China dikesan memasuki zon pertahanan udara Taiwan pada Isnin, pencerobohan terbaharu ketika hubungan antara kedua-dua negara berjiran itu kekal tegang.

Dron tersebut yang dikenal pasti sebagai kenderaan BCK-007 oleh Kementerian Pertahanan Taipei, melintasi ke sudut barat daya Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) pulau itu bersama lapan pesawat pejuang China.

ADIZ Taiwan adalah jauh lebih besar daripada ruang udaranya dan bertindih dengan sebahagian ADIZ China, termasuk juga beberapa tanah besar.

Serangan mendadak China telah ditingkatkan ke atas ADIZ barat daya Taiwan sejak dua tahun lalu, tetapi penggunaan dron tentera jarang berlaku.

Kali terakhir dilaporkan pada Oktober 2020.

BZK-007 adalah dron tentera yang jauh lebih besar, dibina Perbadanan Industri Pesawat Guizhou bagi menjalankan penerbangan jarak jauh dan mempunyai peranti peninjau lebih canggih.

Pencerobohan Isnin lalu berlaku selepas askar Taiwan yang berada di pulau kecil tidak jauh dari tanah besar China menembak jatuh dron komersial yang tidak dikenali.-AFP

(Gambar pada 4 September 2022 oleh Kementerian Pertahanan Negara (MND) Taiwan menunjukkan seorang
askar Taiwan membidik senapang serangan semasa latihan anti-dron di pulau Leiyu, kepulauan Kinmen/AFP)

Media Baharu