fb fb fb fb fb

Langkah lebih radikal digesa, tamatkan keganasan senjata api

(Foto fail Reuters)

AMERIKA SYARIKAT, 6 September- Tahun lalu sahaja, lebih 50 kanak-kanak ditembak dan dibunuh di Chicago, Amerika Syarikat.

Berikutan insiden yang berlaku, ibu yang kehilangan anak akibat tragedi berkenaan menyeru kerajaan Amerika Syarikat mengambil langkah lebih drastik bagi menamatkan keganasan senjata api.

Seperti kehidupan dialami Angela Gregg, kematian anaknya Mychal "MJ" Moultry Jr., yang ditembak mati setahun lalu merubah segalanya.

Semasa kejadian MJ sedang berdandan rambut bersama bapanya di sebuah pangsapuri semasa cuti hari pekerja pada bulan September.

"MJ berumur empat tahun. Dia anak lelaki tunggal saya dan budak kecil yang cemerlang.

"Saya mendengar bunyi banyak tembakan...sejurus selepas itu pakar kecantikan menelefon memberitahu saya perlu masuk ke dalam rumah dengan segera kerana MJ telah cedera.

"Dua tembakan terkena pada MJ daripada 27 peluru yang dilepaskan," kata Gregg.

(Foto hiasan)

Sementara itu, anak lelaki Elizabeth Ramirez, Harry terbunuh pada 2011.

Harry berada di majlis hari jadinya sendiri apabila seorang lelaki bersenjata mengenakan topeng, masuk dan mula melepaskan tembakan.

"Saya merasa sakit melihat begitu ramai kanak-kanak dibunuh dan ibu mengalami kesakitan seperti saya," katanya.

Sebagai tindak balas, Ramirez menubuhkan 'Parents for Peace and Justice', sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan, membantu mencegah keganasan dan menyediakan penjagaan bagi mereka yang terjejas.

Kedua-dua Ramirez dan Gregg merasakan sudah tiba masanya untuk langkah lebih radikal dilaksana bagi menyelesaikan masalah keganasan senjata api Chicago.-REUTERS

Media Baharu