fb fb fb fb fb

Jemaah umrah bebas pilih lapangan terbang, tiada ketetapan dari Arab Saudi

(FOTO AFP)

RIYADH, 7 September- Jemaah umrah bebas memilih mana-mana lapangan terbang untuk tiba dan berlepas dari Arab Saudi.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah, tiada lapangan terbang khusus untuk ketibaan jemaah.

Jemaah kini boleh masuk dan keluar melalui mana-mana lapangan terbang antarabangsa atau wilayah di negara itu.

Jemaah umrah juga boleh tinggal di kota suci itu sehingga 90 hari dan bebas bergerak antara Makkah, Madinah dan semua bandar lain.

Jemaah haji juga boleh memohon visa umrah melalui platform elektronik yang diluluskan untuk tujuan itu.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu