fb fb fb fb fb

Taufan Gabrielle: New Zealand isytihar darurat

(Foto REUTERS)

AUCKLAND,14 Februari- New Zealand mengisytiharkan darurat bencana kali ketiga dalam sejarah selepas dilanda Taufan Gabrielle.

Menurut Menteri Pengurusan Kecemasan, Kieran McAnulty, taufan itu mengakibatkan banjir besar, tanah runtuh dan ombak laut yang besar di seluruh Pulau Utara.

"Pengisytiharan darurat berkenaan diperlukan untuk membantu mereka yang terkesan dengan taufan ini.

"Cuaca seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini yang memberi kesan kepada sebahagian besar Pulau Utara," katanya menerusi kenyataan.

Taufan tersebut yang melanda beberapa pulau kecil di timur laut Auckland kini mula bergerak ke bahagian barat daya.

Ia menyebabkan banyak pusat pemindahan dibuka, bekalan elektrik terjejas, jalan raya ditutup dan beberapa bandar terputus hubungan sepenuhnya.

Sebelum ini, darurat diisytiharkan sebanyak dua kali berikutan gempa bumi bermagnitud 6.3 di Christchurch serta pandemik COVID-19.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu