fb fb fb fb fb

Taufan Gabrielle landa kepulauan Azores, amaran merah diisytiharkan

Foto Reuters

AZORES, 26 September- Rakaman video dari kepulauan Azores, Portugal memaparkan keadaan lautan bergelora pada Khamis dan Jumaat, menjelang ketibaan Taufan Gabrielle.

Semua aktiviti pelancongan dan rekreasi dibatalkan selama 24 jam, manakala sekolah serta perkhidmatan awam ditutup pada Khamis.

Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai supaya kekal berada di dalam rumah.

Agensi Meteorologi Portugal (IPMA) meletakkan kepulauan tersebut dalam tahap amaran merah, paras kecemasan tertinggi yang hanya digunakan bagi kejadian cuaca berisiko ekstrem.

Menurut IPMA, taufan yang membawa kelajuan angin antara 130 hingga 200 kilometer sejam itu dijangka melanda tujuh daripada sembilan pulau di Lautan Atlantik pada malam Khamis, dengan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 18 meter. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM