fb fb fb fb fb

Taufan Gabrielle berlalu, usaha permulihan bermula

(Mangsa yang terkandas diangkat dari atas bumbung dengan helikopter oleh
tentera berhampiran Napier di Pulau Utara New Zealand pada hari Selasa/ AFP)

AUCKLAND, 15 Februari- Taufan Gabrielle mula reda dan berlalu dari New Zealand pada Rabu .

Negara tersebut kini mula menilai kerosakan yang berpunca daripada banjir, tanah runtuh dan angin kuat yang melanda.

Bencana tersebut meragut tiga nyawa dan menyebabkan ribuan lagi mangsa kehilangan tempat tinggal.

Taufan Gabrielle, yang melanda Auckland, New Zealand Ahad lalu sebelum ia bergerak ke pantai timur North Island, menganggu bekalan sumber di seluruh bandar, memusnahkan ladang, jambatan serta ternakan, dan menyebabkan berlakunya banjir yang menjejaskan ribuan premis kediaman.

Menteri Pengurusan Kecemasan, Kieran McAnulty berkata ia merupakan bencana dahsyat dan akan mengambil tempoh lama untuk kawasan paling teruk terjejas kembali pulih.

Taufan Gabrielle memaksa New Zealand pada Selasa mengisytiharkan darurat kebangsaan untuk kali ketiga dalam sejarah.- REUTERS


(FOTO FAIL/ REUTERS)

Media Baharu