fb fb fb fb fb

Calon Presiden AS: Nikki Haley cabar Trump untuk calon Republikan

(FOTO FAIL/ REUTERS)

WASHINGTON, 15 Februari- Bekas Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, Nikki Haley memulakan kempennya bagi merebut tempat sebagai calon Republikan untuk jawatan Presiden dan memenangi semula White House pada 2024.

Beliau sekali gus akan menghadapi persaingan sengit dengan bekas ketuanya Donald Trump, yang sedang mendahului dalam tinjauan baru Reuters.

Haley yang juga bekas gabenor South Carolina dijangka membentangkan rancangan kempennya dalam satu ucapan hari ini di Charleston, South Carolina.

Calon berusia 51 tahun itu mempunyai reputasi memberangsangkan dalam Parti Republikan sebagai seorang konservatif yang mempunyai keupayaan untuk menangani isu-isu jantina dan kaum.

Tokoh-tokoh berprofil tinggi daripada Republikan yang sedang mempertimbangkan pencalonan bagi pilihan raya antara lain bekas Naib Presiden, Mike Pence ; Senator, Tim Scott dari South Carolina ; Gabenor New Hampshire Chris Sununu dan bekas Gabenor Arkansas, Asa Hutchinson.- REUTERS


(Nikki Haley dan Donald Trump/ REUTERS)

Media Baharu