fb fb fb fb fb

Taufan Fung-wong: Penduduk dipindahkan ke lokasi selamat

Premis perniagaan, sekolah ditutup / Foto AFP

TAIPEI, 12 November -Lebih 8,000 penduduk telah dipindahkan ke kawasan lebih selamat, susulan jangkaan Taufan Fung-wong membadai Taiwan yang membawa hujan lebat ke pantai timur.

Sebagai persediaan, premis perniagaan dan sekolah ditutup di kebanyakan lokasi selatan pulau berkenaan, dengan 51 individu cedera.

Rakaman televisyen menunjukkan banjir teruk di beberapa bahagian di daerah timur Yilan.

Jabatan Bomba berkata kira-kira 8,300 penduduk telah dipindahkan ke kawasan lebih selamat, kebanyakannya di Yilan dan Hualien.

Taufan Fung-wong dijangka membadai hujung selatan Taiwan pada lewat Rabu sebelum ke Lautan Pasifik.-REUTERS

FAUZIAH ABD RAHMAN