fb fb fb fb fb

Taufan Erin mengganas, ribut kategori 5 - NHC

Grafik dan imej satelit berkenaan Taufan Erin/ REUTERS

WASHINGTON, 17 Ogos – Taufan Erin, yang merupakan taufan pertama musim Atlantik 2025, semakin menguat menjadi ribut kategori lima, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) pada Sabtu.

Setakat ini, Taufan Erin berada kira-kira 170 kilometer di utara Anguilla dengan kelajuan angin maksimum mencecah 255 kilometer sejam.

Menurut NHC taufan itu dijangka terus menguat di barat daya Lautan Atlantik sepanjang hujung minggu ini sehingga minggu depan.

Gelombang besar dijangka melanda kawasan Kepulauan Leeward Utara, Kepulauan Virgin, Puerto Rico, Hispaniola, serta Kepulauan Turks dan Caicos sepanjang hujung minggu.

Fenomena itu turut dijangka merebak ke Bahamas, Bermuda dan Pantai Timur Amerika Syarikat awal minggu depan.

Selain risiko ribut, Taufan Erin turut menimbulkan kebimbangan terhadap ancaman lain yang tidak dijangka – iaitu kebakaran hutan.

Taufan Erin dijangka bergerak melepasi utara Kepulauan Leeward di Caribbean sebelum berpusing ke arah utara, antara Pantai Timur Amerika Syarikat dan Bermuda, menjelang Isnin.

NHC turut memaklumkan taufan berkenaan dijangka membawa hujan lebat sehingga Ahad di Kepulauan Leeward Utara, Kepulauan Virgin dan Puerto Rico.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI