fb fb fb fb fb

Taufan Bualoi: Angka korban meningkat kepada 26 orang

Foto Reuters

HANOI, 30 September- Sekurang-kurangnya 26 orang terkorban dan 22 lagi dilaporkan hilang akibat Taufan Bualoi yang melanda Vietnam, ribut paling dahsyat dialami utara negara itu tahun ini.

Menurut media tempatan, hujan lebat dan banjir besar telah menjejaskan penerbangan serta perkhidmatan kereta api ke ibu negara, Hanoi, di samping memaksa sekolah ditutup dan ribuan rumah ditenggelami air.

Selain itu, hujan lebat yang disertai guruh dan kilat menenggelamkan jalan raya di pusat bandar Hanoi hingga melumpuhkan lalu lintas di banyak kawasan.

Beberapa penunggang motosikal dilihat terpaksa menolak kenderaan mereka meredah banjir sedalam paras lutut.

Kerajaan Vietnam memaklumkan seramai 105 orang cedera dan lebih 135,000 rumah rosak, kebanyakannya di wilayah Nghe An dan Ha Tinh manakala lebih 25,500 hektar tanaman padi dan hasil pertanian turut musnah ditenggelami air. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM