fb fb fb fb fb

Korea Selatan-Jepun tekad perkukuh hubungan dua hala

Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba (kiri) dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung/Reuters

SEOUL, 30 September- Korea Selatan dan Jepun menyatakan komitmen untuk memperbaiki hubungan diplomatik pudar serta meningkatkan kerjasama perdagangan.

Hasrat itu disuarakan ketika kunjungan hormat Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba yang kini dalam penggal terakhir perkhidmatannya ke atas Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung.

Jurucakap Presiden Korea Selatan berkata, kedua-dua pemimpin bersepakat untuk bekerjasama menangani ketidaktentuan perdagangan global di samping menegaskan komitmen bersama terhadap usaha nyahnuklear di Semenanjung Korea.

Lee sebelum ini meneruskan pendekatan berhati-hati seperti pendahulunya dalam mengukuhkan hubungan dengan Jepun, khususnya dalam aspek keselamatan dan perdagangan, meskipun berdepan legasi ketegangan sejarah peperangan lampau Jepun.

Ishiba pula menyatakan harapan agar Korea dan Jepun dapat terus bekerjasama lebih rapat berbanding negara lain.

Dalam rangka lawatan dua hari itu, Ishiba bertemu Lee di bandar selatan Busan.

Parti Liberal Demokratik Jepun yang diterajuinya dijangka memilih ketua baharu pada 4 Oktober ini, yang berkemungkinan besar akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM