BARBADOS, 2 Julai- Taufan Beryl yang membadai Caribbean semalam meragut sekurang-kurangnya satu nyawa di bandar Saint Vincent and the Grenadines.
Beryl mula mendarat di Pulau Carriacou di Grenada yang terletak dekat selatan Saint Vincent and the Grenadines sebagai ribut kategori 4 dengan kelajuan angin lebih 240 kilometer per jam (km/j), kira-kira pukul 11.00 pagi semalam.
Ia dilapor meninggalkan jejak kemusnahan merentasi tenggara Caribbean.
Lapangan terbang di Barbados, Grenada dan Saint Lucia ditutup pada malam Ahad lepas ketika Beryl menghampiri. -Reuters
ARTIKEL BERKAITAN