fb fb fb fb fb

Stesen kereta api di lapangan terbang Bangkok terbakar

FOTO REUTERS

BANGKOK, 2 Julai- Kebakaran besar berlaku di sebuah stesen kereta api di lapangan terbang dekat sini, Thailand, awal pagi semalam, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran itu bermula di sebuah kedai berhampiran salah sebuah eskalator di Stesen Ramkhamhaeng Laluan Rel Lapangan Terbang.

Media tempatan melaporkan bomba berjaya memadam api dalam tempoh masa kira-kira 20 minit.

Stesen itu juga ditutup sementara pada pukul 5.22 pagi, dengan perkhidmatan kereta api disambung semula pada pukul 8.29 pagi.

Punca kebakaran sedang disiasat pihak polis. -Reuters

0207 BD BANGKOK STESEN KERERA API TERBAKAR 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA