fb fb fb fb fb

9 terbunuh, 4 cedera lelaki rempuh pejalan kaki di Seoul

Kenderaan yang merempuh sekumpulan pejalan kaki di tengah bandar Seoul menyebabkan sembilan terbunuh/Foto AFP

SEOUL, 2 Julai - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan empat lagi cedera apabila sebuah kereta merempu pejalan kaki di pusat bandar Seoul, kata polis.

Menurut polis kejadian berlaku apabila seorang lelaki berusia 68 merempuh pejalan kaki yang sedang menunggu lampu isyarat.

Sementara itu, anggota bomba Kim Chun-soo berkata, enam kematian di tempat kejadian, manakala tiga lagi disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

Antara empat yang cedera, seorang telah pulang ke rumah selepas menerima rawatan manakala yang lain dalam keadaan stabil.

Agensi berita Korea Yonhap berkata, lelaki itu menyalahkan pecutan tidak sengaja yang secara tiba-tiba dan melanggar dua kenderaan lain sebelum merempuh pejalan kaki.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki.

Pengarah keselamatan dan pengangkutan pejabat daerah Jung-gu Kim Suk-hwan berkata polis sedang menjalakan kesihatan untuk menentukan sama ada kejadian maut itu di bawah pengaruh alkohol atau pecutan yang tidak disengajakan.

Sementara itu, Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon bergegas ke tempat kejadian.

“Ia adalah kemalangan yang menyedihkan,” katanya

Beliau juga mengarahkan pegawai untuk membawa mangsa ke hospital dengan cepat dan mengenal pasti dengan teliti punca kemalangan.

Kemalangan melibatkan kenderaan sehingga maut jarang berlaku di Korea Selatan.

Secara amnya Korea Selatan mempunyai jalan raya dan mempunyai kenderaan yang diselenggara dengan baik. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN