BRIDGETOWN, 1 Julai- Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) mengeluarkan amaran bahawa ribut tropika Beryl telah bertukar menjadi taufan yang kuat ketika ia menuju ke arah Kepulauan Windward di Caribbean.
Pakar meramalkan Beryl akan turut membawa hujan lebat, angin kencang dan gelombang ribut yang berpotensi mengancam nyawa.
Ribut itu terbentuk pada Jumaat lepas dan bergerak ke barat dengan angin berkelajuan maksimum 75 batu sejam.
Ia diramalkan akan melanda Kepulauan Windward seawal lewat malam ini. Amaran taufan terbabit turut berkuat kuasa bagi pulau Barbado. -Reuters