fb fb fb fb fb

Shujaiya di Gaza pula jadi sasaran genosid Israel

Kepulan asap kelihatan selepas serangan udara Israel di daerah Shujaiya di Gaza, semalam/AFP

GAZA, 1 Julai- Tentera negara haram Israel meneruskan kempen genosidnya di Gaza iaitu di daerah Shujaiya yang diduduki lebih 80,000 rakyat Palestin.

Serangan hari keempat semalam telah mencetuskan pertempuran sengit dan beberapa siri pengeboman di kawasan berkenaan.

Agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menganggarkan seramai 60,000 hingga 80,000 orang telah berpindah dari Shujaiya sejak Khamis lepas.

"Hidup kami seperti di neraka. Kami tidak tahu hendak ke mana lagi untuk melindungi diri," kata Siham al-Shawa, 50, penduduk Shujaiya. -AFP

SITI AISHAH MD ISA