fb fb fb fb fb

Lima maut dalam letupan gas di barat Turkiye

FOTO AFP

ISTANBUL, 1 Julai- Letupan gas di sebuah restoran di barat Turkiye telah membunuh lima orang dan mencederakan lebih 50 yang lain, kata Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya, semalam.

Ali Yerlikaya dalam platform X memaklumkan seramai 57 orang cedera dalam kejadian terbabit yang disebabkan oleh botol gas.

Letupan di bandar Torbali dekat selatan bandar Izmir itu sangat kuat sehingga kedengaran sehingga beberapa kilometer, lapor berita rasmi Anadolu.

Imej yang disiarkan menerusi saluran televisyen menunjukkan beberapa bangunan dan kenderaan musnah akibat letupan berkenaan. -AFP

0107 BD TURKIYE LETUPAN GAS
FOTO AFP

SITI AISHAH MD ISA