fb fb fb fb fb

Pesawat kecil terhempas atas lebuh raya, tiga maut

FOTO REUTERS

PARIS, 1 Julai- Tiga orang terbunuh selepas sebuah pesawat kecil terhempas ke lebuh raya di wilayah Seine-et-Marne dekat utara Perancis Utara semalam.

Menurut media tempatan, pesawat itu terhempas di lebuh raya A4 berhampiran Disneyland Paris selepas melanggar kabel kuasa elektrik.

Insiden terbabit turut menyebabkan gangguan trafik yang teruk sepanjang beberapa kilometer.

Video yang dirakam pengguna lebuh raya memaparkan pasukan perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian juga tular di media sosial. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA