fb fb fb fb fb

Taufan Bebinca: Penerbangan di dua lapangan terbang Shanghai dibatalkan

Foto fail REUTERS

SHANGHAI, 15 September- Semua penerbangan di dua lapangan terbang utama Shanghai dibatalkan hari ini, ketika pihak berkuasa di bandar besar China itu bersiap sedia menghadapi taufan kuat yang membawa angin kencang dan hujan lebat.

China Central Television (CCTV) melaporkan bahawa semua penerbangan di dua lapangan terbang utama Shanghai dibatalkan mulai 8.00 malam waktu tempatan pada Ahad (1200 GMT) kerana ribut.

"Terjejas oleh Taufan Bebinca, aliran trafik lapangan terbang Pudong dan Hongqiao Shanghai telah berkurangan hari ini," lapor CCTV.

"Penyelarasan penerbangan di dua lapangan terbang utama akan segera dikeluarkan kepada orang ramai selaras dengan kesan taufan," katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Pengurusan Kecemasan Beijing, berkata Taufan Bebinca dijangka melanda di sepanjang kawasan pesisir timur China antara malam Ahad dan pagi Isnin.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata Taufan Bebinca akan menyebabkan hujan lebat berserta ribut pada Ahad hingga hari Selasa.

Sementara itu, pejabat cuaca mengeluarkan amaran taufan jingga iaitu yang kedua tertinggi dalam sistem empat peringkat untuk beberapa daerah di Shanghai dan kawasan wilayah berdekatan pada hari ini.

Taufan Bebinca melalui pulau Amami Jepun, membawa angin ribut sehingga 198 kilometer (123 batu) sejam. Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran peningkatan risiko tanah runtuh akibat hujan lebat.-AFP

ROSLINA BINTI DIN