fb fb fb fb fb

Taufan Batsirai: 20 maut, 55,000 hilang tempat tinggal di Madagascar

FOTO REUTERS

MADAGASCAR, 8 Februari - Taufan Batsirai yang membadai Madagascar meragut 20 nyawa dan menyebabkan 55,000 orang hilang tempat tinggal.

Situasi itu mendapat perhatian serius PBB yang khuatir berlakunya krisis kemanusiaan yang lebih buruk.

Ini memandangkan Madagascar pada penghujung bulan lepas sudah dibadai ribut tropika Ana yang meragut 55 nyawa.

Pihak UNICEF turut menyatakan majoriti mangsa itu adalah kanak-kanak.

Taufan berkenaan melanda kawasan pertanian di bahagian Timur pada Sabtu sebelum bergerak lemah.

Bandar di bahagian timur iaitu Mananjary dilaporkan terjejas teruk.

Kesan taufan berkenaan akan mengambil masa berbulan-bulan terutama terhadap sektor pertanian.

77 peratus daripada 28 juta penduduk Madagascar dilaporkan hidup di bawah garis kemiskinan dan bencana alam yang berlaku memburukkan lagi keadaan.

Taufan memusnahkan jaringan jalan raya sekaligus menyukarkan usaha bantuan.

Media Baharu