fb fb fb fb fb

Pilihan raya Turkiye dipercepat ke 14 Mei

(Recep Tayyip Erdogan/AFP)

ISTANBUL, 23 Januari- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pilihan raya negara itu akan diadakan pada 14 Mei 2023.

Tarikh itu dipercepatkan sebulan lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualkan iaitu pada 18 Jun 2023.

“Ini bukan pilihan raya awal, tetapi kami membawa tarikh berkenaan lebih awal,” kata Erdogan dalam rakaman video pertemuannya dengan beberapa golongan belia di Bursa hujung minggu lalu.

Sementara itu, kempen pilihan raya akan bermula pada 10 Mac 2023.

Memetik laporan AFP, sumber dalaman parti pembangkang memaklumkan calon presiden gabungan mereka akan diumumkan pada Februari ini.

Khabar angin mengatakan ia mungkin diisi oleh Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu yang bakal menjadi saingan sengit kepada Erdogan. -AFP


(Recep Tayyip Erdogan/AFP)

Media Baharu