fb fb fb fb fb

Perkhidmatan kereta api di Pakistan terjejas akibat gangguan elektrik

(Penumpang sebuah kereta api terperangkap selepas kemudahan awam itu terhenti di tengah-tengah landasan akibat
gangguan elektrik di Lahore pada 23 Januari 2023/Twitter @ArslanJutt43)

LAHORE, 23 Januari- Perkhidmatan kereta api di bandar kedua terbesar di Pakistan, di sini, terganggu selepas negara itu dilanda kegelapan hari ini.

Ia susulan sistem penghantaran bekalan elektrik mengalami kerosakan sehingga menyebabkan gangguan berlaku di seluruh negara yang menjejaskan lebih 220 juta penduduk.

Kementerian Tenaga dalam kenyataan memaklumkan, gangguan itu berlaku sekitar pukul 7.34 pagi dengan kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan.

"Kerja-kerja baik pulih mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam.

"Semua bandar utama termasuk Karachi, Islamabad, Lahore dan Peshawar terjejas," katanya.

Gangguan bekalan elektrik itu disifatkan antara yang paling teruk pernah dialami Pakistan.

Pakistan telah lama dilanda kekurangan tenaga disebabkan beberapa faktor termasuk ekonomi yang lemah, salah urus dan kekurangan kemudahan penyimpanan tenaga.

Kebanyakan hospital di negara itu menggunakan tenaga dari penjana kuasa, manakala sekolah menggunakan pemanas gas untuk memanaskan bilik darjah ketika musim sejuk. -Reuters

(Lebih 220 juta penduduk di Pakistan bergelap akibat gangguan elektrik
pada 23 Januari 2023/Reuters)

Media Baharu