fb fb fb fb fb

16 maut bangunan runtuh di Aleppo

(Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa runtuhan bangunan di Aleppo pada 22 Januari 2023/
REUTERS)

ALEPPO, 23 Januari- Runtuhan bangunan di bandar Aleppo yang musnah akibat peperangan di Syria pada Ahad membunuh sekurang-kurangnya 16 orang termasuk kanak-kanak dengan usaha menyelamat berlanjutan sehingga lewat malam.

“Jumlah mangsa terkorban dalam runtuhan bangunan kediaman itu meningkat kepada 16 orang,” lapor agensi berita tempatan, SANA.

SANA melaporkan, empat mangsa berjaya diselamatkan dari runtuhan bangunan itu dan mereka mengalami kecederaan.

Sementara itu, agensi berita Kurdish melaporkan lima kanak-kanak adalah antara mangsa yang maut.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Syria, bangunan lima tingkat itu didiami tujuh keluarga.

Penduduk tempatan pula memberitahu bahawa kira-kira 35 orang tinggal di bangunan terbabit.

Sebahagian besar bandar Aleppo musnah dalam konflik Syria sejak 12 tahun lalu dengan meninggalkan banyak struktur dalam keadaan uzur. -AFP

(Pasukan penyelamat giat mencari mangsa yang mungkin terselamat di bawah
runtuhan 
bangunan/AFP)

 

 

Media Baharu