fb fb fb fb fb

PM Jepun ikrar tangani krisis kadar kelahiran, tubuh agensi baharu

(Fumio Kishida/AFP)

TOKYO, 23 Januari- Jepun akan melancarkan sebuah agensi kerajaan baharu dalam menangani krisis kadar kelahiran yang rendah dan isu penduduk semakin berusia.

Perdana Menteri, Fumio Kishida yang berikrar mahu menangani isu itu berkata, Agensi Kanak-kanak dan Keluarga akan dilancarkan pada April ini yang direka untuk menyokong ibu bapa untuk mendapatkan anak.

Katanya, dianggarkan jumlah kelahiran berkurangan sehingga bawah 800,000 orang pada tahun lalu.

"Jepun berada di ambang sama ada boleh terus berfungsi sebagai sebuah masyarakat atau tidak.

"Menumpukan perhatian pada dasar mengenai kanak-kanak dan pembesaran anak adalah isu yang tidak boleh ditunggu mahupun ditangguhkan," katanya

Data Bank Dunia merekodkan kadar kelahiran berkurangan di banyak negara maju, namun di Jepun isu itu amat meruncing kerana ia mencatat kadar kedua tertinggi di dunia bagi orang berumur 65 tahun ke atas, selepas negara kecil Monaco.

Kadar kelahiran semakin menurun di banyak negara disebabkan faktor peningkatan kos sara hidup, lebih ramai wanita mendahulukan kerjaya dan memilih untuk mendapatkan anak kemudian.

Data rasmi minggu lalu menunjukkan bahawa penduduk China menyusut pada 2022, buat kali pertama dalam lebih enam dekad. -AFP

 (Fumio Kishida/AFP)

Media Baharu